Anjur konsert tanpa kebenaran, universiti awam dikompaun RM25,000

Anjur konsert tanpa kebenaran, universiti awam dikompaun RM25,000

Datuk bandar Kuala Terengganu berkata, pengurusan universiti perlu menjelaskan kompaun itu dalam tempoh 14 hari atau tindakan lanjut akan dikenakan.

Tangkap layar daripada video tular menunjukkan lelaki dan wanita menghadiri konsert tanpa pengasingan yang bercanggah garis panduan syariah ditetapkan kerajaan Terengganu.
PETALING JAYA:
Sebuah universiti awam di Kuala Nerus, Terengganu dikompaun RM25,000 kerana menganjurkan konsert tanpa kebenaran dan videonya tular baru-baru ini.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif berkata, tindakan diambil mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 2002, dengan notis kompaun diserahkan kepada pengurusan universiti itu minggu lalu.

“Pengurusan universiti diberi 14 hari untuk menjelaskan bayaran kompaun dan tindakan seterusnya akan dikenakan jika gagal,” katanya menurut Harian Metro pada Majlis Penyampaian Hadiah Sempena Pertandingan Menjala Sotong anjuran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Koperasinya di Pantai Batu Rakit.

Penganjuran konsert di universiti awam itu menjadi isu selepas tular video 37 saat memaparkan tempat duduk lelaki dan wanita tanpa pengasingan yang bercanggah garis panduan syariah ditetapkan kerajaan negeri.

Siasatan turut mendapati ia tidak mendapat permit penganjuran daripada pihak berkuasa tempatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.