
Dalam pernyataan tuntutan difailkan oleh Tetuan Kesavan, Ismail berkata, Anina membuat serangan bersifat peribadi terhadapnya 13 kali antara 5 Feb dan 3 Mac.
Ismail, yang juga naib presiden Umno, mendakwa Anina mempersendakannya dan keterlaluan apabila memuat naik kenyataan serta video untuk “merosakkan” reputasinya di mata umum.
“Hantaran itu tiada kaitan dengan polisi kerajaan dan tugas plaintif sebagai menteri,” kata pernyataan tuntutan difailkan pada 5 Mac.
Menurutnya, catatan Anina itu, antara lain, memberikan gambaran bahawa Ismail seorang yang lemah dan penakut.
Ismail memohon injunksi untuk memaksa Anina atau sesiapa yang menguruskan akaun Facebooknya supaya membuang 13 kenyataan dan video didakwa fitnah itu.
Beliau turut memohon injunksi untuk menghalang Anina daripada memuat naik kenyataan dan videonya ke platform media sosial lain.
Selain itu, Ismail menuntut permohonan maaf serta ganti rugi dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Anina, ahli Umno Langkawi yang menyertai PPBM namun kemudian keluar dari parti itu.