
GB Gerakbudaya dalam kenyataan ringkas turut menggesa edaran salinan digital itu dihentikan.
Ia turut menuntut “pelanggar” itu segera menghapuskan salinan terbabit.
Buku itu, katanya, hanya boleh didapati dalam bentuk salinan cetak, dan versi digital kekal rahsia dan sulit.
“Kami memberikan notis ini dengan niat baik dan pengedaran versi cetak rompak tertakluk ialah pelanggaran harta intelek (IP), dan kami berhasrat mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara ini jiak ia gagal diselesaikan.”
Kenyataan itu menyusul beberapa jam selepas Gerakbudaya berkata, buku bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” – yang dikeluarkan dua hari lalu – kehabisan stok akibat permintaan luar biasa.
Cetakan kedua buku itu dijangka siap untuk jualan mulai Jumaat ini.
Memoir setebal 500 muka surat itu menceritakan pencapaian dan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan terdahulu, dengan antara isu utama lain seperti pendakwaan ahli perniagaan buruan Low Taek Jho dan 1MDB, ekstradisi pendakwah kontroversi, Zakir Naik dan peletakan jawatan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.