SPRM tahan bekas CEO syarikat dan isteri dalam kes pecah amanah RM140 juta

SPRM tahan bekas CEO syarikat dan isteri dalam kes pecah amanah RM140 juta

Dua suspek berkenaan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok.

Sumber memberitahu pasangan itu ditahan di ibu pejabat SPRM hari ini selepas di soal siasat dan akan dihadapkan ke mahkamah esok.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat tersenarai awam dan isterinya berhubung siasatan kes pecah amanah melibatkan RM140 juta.

Sumber memberitahu FMT, dua suspek itu, masing-masing berusia 63 tahun, ditahan di ibu pejabat SPRM pagi tadi setelah mereka hadir untuk disoal siasat.

Isteri kepada CEO itu adalah juga pengarah syarikat berkenaan.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam esok pagi untuk menghadapi beberapa tuduhan di bawah Seksyen 18, Akta SPRM dan Seksyen 406 Kanun Keseksaan,” kata sumber itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.