
Fadzir Mohd Zamhari, 48, yang mengalami kecederaan pada kaki ketika menghadiri prosiding hari ini meminta dibicarakan atas pertuduhan berkenaan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 6 pagi di rumah ibunya di Kampung Sungai Akar di sini.
Dia didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap ibu kandungnya, Fatimah Ali, 68, dengan memegang sebilah parang dan mengacukannya ke arah perut mangsa serta mengugut mahu membunuh mangsa.
Perbuatan itu dilakukan dengan niat mahu menakut-nakutkan mangsa.
Dia dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 7 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dilakukan timbalan pendakwa raya Siti Hanida Abdul Kadir di hadapan hakim Rohaida Ishak, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Norizawani Ahmad Jamaluddin.
Terdahulu Siti Hanida memohon kepada mahkamah supaya mengenakan ikat jamin yang tinggi kep atas tertuduh kerana ia adalah ugutan yang membabitkan ibu kandungnya sendiri.
Hakim bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana mangsa yang juga warga emas adalah ibu kandung tertuduh yang tinggal bersamanya.
Mahkamah kemudian menetapkan 4 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi proses lantikan peguam dan penyerahan dokumen berkaitan.