Kalaupun betul lompat parti, Adun Meru masih PH, kata pemimpin Pemuda PKR

Kalaupun betul lompat parti, Adun Meru masih PH, kata pemimpin Pemuda PKR

Ahmad Syukri Abd Razab berkata PKR wajar terima permohonan Fakhrulrazi Mokhtar sekiranya beliau ada memohon.

PETALING JAYA:
Jika sah Adun Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar keluar Amanah untuk menyertai PKR, beliau tidak patut dikecam sesiapa atau ditolak PKR, kata Setiausaha Pemuda PKR Ahmad Syukri Abd Razak.

Beliau berkata apa yang penting ialah Fakhrulrazi terus menjadi wakil rakyat Pakatan Harapan.

Syukri berkata tidak wajar Fakhrulrazi diserang mana-mana pihak kerana setiap individu mempunyai hak berpersatuan.  Menurut beliau, PKR juga harus menghormati hak itu dan menerima masuk Fakrulrazi sekiranya itu kehendak beliau.

“PKR (juga) perlu bersifat terbuka jika ada mana-mana anggota parti itu yang ingin keluar parti dan memilih wadah lain,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Amanah mengumumkan Fakhrulrazi keluar parti untuk menyertai PKR. Sehingga kini belum ada pengesahan atau penafian daripada pihak Fakhrulrazi.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PKR, Fahmi Zainol, berkata kemasukan Fakhrulrazi ke PKR, sekiranya benar, tidak banyak mengubah situasi di Selangor, kerana beliau masih wakil rakyat Pakatan Harapan yang menerajui Selangor.

“Lompat untuk kepentingan diri dan menyebabkan masalah kepada rakyat seperti perlu ada pilihan raya – itu perlu ditentang,” katanya.

Amanah mempunyai 7 kerusi di Dewan Negeri Selangor dan membentuk kerajaan Negeri bersama PKR yang mempunyai 18 Adun dan DAP, 16.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.