
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPB) itu dilanjutkan kerana masih terdapat kes positif dalam kalangan tahanan dan kakitangan penjara.
“Pelanjutan ini bagi memastikan rantaian Covid-19 diputuskan sepenuhnya di dalam Penjara Pokok Sena terutama dalam kalangan kakitangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, kerajaan mengumumkan penamatan PKPD di Penjara Tawau, Sabah dan kuarters kakitangan berkaitan, Kuarters Penjara Taman Ehsan pada Ahad, seperti mana dijadualkan.
Sehingga kini tiada lagi kes aktif dilaporkan di Penjara Tawau, manakala hanya 2 kes dikesan di kuarters dan sedang menerima rawatan.
“Sehingga 21 Okt, KKM membuat 1,250 saringan di Penjara Tawau manakala 1,196 saringan kakitangan di kuarters Taman Ehsan,” katanya.
Bagaimanapun, lokaliti itu masih tertakluk bawah pelaksanaan PKPB bagi seluruh Sabah.