2 ditahan di Kelantan dalam kes cemar sungai di Negeri Sembilan

2 ditahan di Kelantan dalam kes cemar sungai di Negeri Sembilan

Dua lelaki ditahan dalam siasatan ke atas pencemaran yang menyebabkan gangguan di loji air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi.

2 individu ditahan di Kota Bharu, Kelantan tengah hari semalam dalam siasatan kes cemar sungai di Negeri Sembilan, yang menyebabkan gangguan bekalan air di Selangor.
KUALA LUMPUR:
Dua lelaki ditahan di Kelantan dalam kes cemar Sungai Batang Benar di Negeri Sembilan, kejadian yang menyebabkan gangguan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi, Selangor dan menjejaskan bekalan air lebih 300,000 penduduk di 274 kawasan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, memaklumkan mereka ditahan di Kota Bharu tengah hari semalam dan dibawa ke Nilai untuk siasatan lanjut.

“Mereka yang ditahan 2 lelaki berumur lingkungan 39 tahun dan 20 tahun,” katanya kepada pemberita selepas perasmian seminar di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras.

Sebelum ini, Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man, memaklumkan siasatan awal mendapati pencemaran di Sungai Semenyih, yang menjadi sumber air di 2 LRA terbabit, mengalir dari Sungai Batang Benar di Negeri Sembilan.

Sebanyak 309,687 akaun pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak Ahad, selepas operasi di LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampil dihentikan akibat pencemaran air.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.