Tingkat seksual wanita dengan 4 makanan ini

Tingkat seksual wanita dengan 4 makanan ini

Ghairah seksual yang menurun bukanlah pengakhiran segalanya. Mengambil makanan sihat yang kaya nutrisi tertentu dapat membantu mengembalikan ghairah bersama pasangan.

Mengambil makanan yang betul, dapat meningkatkan ghairah seksual wanita. (Gambar Rawpixel)

Secara statistik, wanita sering mengalami gairah seksual yang rendah. Penurunan ghairah seksual ini diakibatkan oleh pelbagai perkara samada masalah hormon, kesan sampingan pengambilan pil, kurang tidur dan keletihan atau kerana usia menopaus.

Tetapi perlu diingat, ghairah seksual yang menurun bukanlah pengakhiran segalanya. Mengambil makanan sihat yang kaya nutrisi tertentu dapat membantu mengembalikan ghairah bersama pasangan.

Pakar kesihatan seperti pakar seksual, jantung dan psikologi bersetuju bahawa jenis dan banyaknya makanan yang diambil boleh mempengaruhi signifikan pada kesihatan seksual.

Oleh itu, apa yang baik untuk jantung, juga memiliki manfaat yang sama baiknya untuk kehidupan seks. Maka, penting untuk mengetahui jenis nutrisi dari makanan yang anda makan.

Berikut adalah beberapa makanan yang boleh membantu meningkatkan gairah seksual wanita.

1. Ikan Omega-3

Menurut Dr. Jennifer Berman, pakar kesihatan seksual dan urologi, ikan berlemak seperti salmon, tuna, dan sardin merupakan sumber utama dari omega-3.

Selain mengurangi peradangan tubuh dan meningkatkan kesihatan jantung, omega-3 juga dapat membantu menaikkan kadar dopamin di dalam otak yang boleh meningkatkan gairah seksual.

2. Coklat

Coklat mengandung “aphrodisiac” dan magnesium yang boleh membuat anda jadi lebih rileks. Coklat hitam mengandungi senyawa “phenylethylamine”.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Jurnal American Diabetic Association, senyawa tersebut memiliki fungsi untuk melepaskan endorfin bagi meningkatkan keinginan seksual.

Malah, menurut hasil imbasan otak dalam sebuah kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat diketahui bahawa mengambil coklat memberi manfaat yang lebih besar untuk otak daripada sekadar ciuman.

3. Bayam

Menurut sejumlah peneliti dari Jepun, bayam merupakan salah satu sumber makanan yang boleh meningkatkan gairah seksual wanita karena diperkaya dengan magnesium.

Magnesium berfungsi terutamanya untuk melebarkan pembuluh darah, sehingga aliran darah ke kawasan intim menjadi lebih lancar dan menjadikan anda lebih mudah berasa ghairah.

Selain bayam, sayuran hijau lainnya seperti brokoli, kubis dan pok choy juga mengandung folat iaitu nutrisi penting untuk meningkatkan gairah seksual baik kepada wanita mahu pun lelaki.

4. Tiram

Tiram juga termasuk dalam makanan pembangkit gairah seksual yang sudah terkenal sejak zaman Romawi kuno.

Tiram mengandung zink yang sangat tinggi, sehingga boleh membantu meningkatkan gairah seksual melalui pengeluaran jumlah sperma dan hormon testosteron.

Selain itu, tiram boleh mengoptimalkan fungsi sistem saraf kerana ia mengandungi asid lemak omega-3 yang cukup tinggi. Tambahan pula, tiram mengandungi “dopamine” iaitu hormon yang dikenali boleh meningkatkan ghairah seksual yang dihasilkan sewaktu orgasme.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.