
Semua tertuduh diiringi waris masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.
Prosiding kes dilakukan secara tertutup.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan terbabit di ladang sawit Becah Sawa, Siong dan di dalam kelas sebuah sekolah menengah di Baling.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada Jun, Julai dan Ogos lalu, lapor Berita Harian.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirul Halimi Md Salleh, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan semua tertuduh diikat jamin RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Nov ini sebagai tarikh sebutan semula kes.