Pesakit buah pinggang, ini makanan paling sesuai untuk anda

Pesakit buah pinggang, ini makanan paling sesuai untuk anda

Mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat akan membantu merawat buah pinggang menjadi lebih baik dan kembali berfungsi seperti sedia kala.

Mengamalkan pemakanan sihat akan membantu merawat buah pinggang. (Gambar Rawpixel)

Penyakit buah pinggang adalah antara penyakit yang sering menyerang masyarakat Malaysia. Ini kerana tidak mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat dan tiada kawalan dalam pemakanan.

Buah pinggang berfungsi sebagai penapis darah dan mampu menyingkirkan toksik, sisa buangan dan bendalir berlebihan di dalam badan. Kegagalannya melaksanakan tugas penting ini akan mengakibatkan kematian kepada penghidapnya.

Walaupun bersaiz kecil, ia adalah organ dalaman yang mempunyai pelbagai fungsi dalam mengekalkan kesihatan untuk keseluruhan badan dan memastikan organ lain juga berfungsi dengan baik.

Mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat akan membantu merawat buah pinggang menjadi lebih baik dan kembali berfungsi seperti sedia kala. Penjagaan dalam pemakanan amat penting dalam memastikan fungsi buah pinggang masih dalam keadaan baik.

Mari kita lihat apakah antara makanan terbaik untuk pesakit buah pinggang.

1. Buah epal

Epal kaya dengan nutrisi penting untuk kesihatan.

Epal diperkaya dengan serat yang tinggi dan ejen anti-radang. Ia mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah, mengelak dari masalah sembelit, melindungi daripada penyakit jantung serta membantu menjauhkan anda daripada risiko mendapat kanser.

Buah epal boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan bahan dalam apa-apa masakan. Mengamalkan cuka epal juga baik untuk kesihatan tubuh. Ia juga sesuai dijadikan sajian dalam menu diet untuk pesakit buah pinggang.

Sebiji epal bersaiz sederhana mengandungi kadar nutrisi yang pelbagai, terdiri daripada 0 natrium, 158 mg kalium, 10 mg fosforus.

Untuk pengetahuan anda, khasiat epal akan lebih berguna dan bermanfaat kepada kesihatan jika dimakan sekali dengan kulitnya. Jadi, anda hanya perlu membasuh bersih epal tersebut dan mengunyah begitu sahaja.

2. Blueberry

Blueberry mempunyai pelbagai khasiat kepada pesakit buah pinggang dan ibu mengandung.

Bluberry sememangnya sukar diperolehi dan kerana itu harganya akan tinggi. Buah ini mempunyai pelbagai kebaikan kepada pesakit buah pinggang dan juga ibu mengandung.

½ cawan blueberry segar diperkaya dengan 4mg sodium, 65mg kalium, 7mg fosforus serta blueberry mempunyai kadar yang tinggi dalam phytonutrients antioksidan yang dipanggil anthocyanidins menjadikan ia berwarna kebiruan dengan sebatian semula jadi yang mengurangkan keradangan.

Ia juga dapat membantu melawan serangan kanser perut dan diperkayakan dengan sumber vitamin C serta serat yang baik juga sebatian mangan yang menjadikan tulang semakin sihat.

Anda boleh tambahkan blueberry bersama bijirin sebagai sarapan pagi dan jadikan minuman smoothie atau sajian muffin berasaskan blueberry.

3. Anggur merah

Agen flavonoid dalam anggur merah dikatakan dapat meningkatkan kadar oksida nitrik.

Pewarna semula jadi yang ada pada anggur merah mempunyai manfaat yang banyak untuk jantung sekaligus menjadi ejen antioksidan yang baik. Ia juga membantu meminimumkan potensi darah daripada membeku.

Agen flavonoid dalam buah ini ialah resveratrol dapat meningkatkan kadar oksida nitrik. Ia sangat membantu dalam merehatkan otot dalam saluran darah supaya pengaliran menjadi lebih baik keseluruh tubuh.

Flavonoid juga membantu melindungi anda daripada kanser dan mencegah keradangan. Anda disarankan mengambil anggur dalam pemakanan sebagai snek atau minuman berjus. Selain itu, anda boleh menambahkan ia dalam sajian salad buah-buahan atau bersama ayam.

Untuk pengetahuan anda, dengan hanya mengambil ½ cawan anggur merah adalah bersamaan dengan 1mg natrium, 88mg kalium dan 4mg fosforus.

Dapatkan anggur berkulit merah atau ungu, ini kerana kandungan anthocyanin adalah lebih tinggi.

4. Kobis bulat

Kobis bulat juga diperkaya dengan kandungan Vitamin K, Vitamin C dan serat selain kaya dengan Vitamin B dan asid folik.

½ cawan kobis bulat adalah bersamaan dengan 6mg sodium, 60mg potassium dan 9mg phosphorus. Sayur ini mempunyai kandungan phytochemicals (fitokimia) yang berfungsi sebagai pelindung yang baik kepada makanan daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Bahan kimia ini juga berpotensi dalam melindungi dan melambatkan perkembangan sel kanser dalam paru-paru, kolon, payudara, pundi kencing, prostat dan kanser ovari di samping meningkatkan kesihatan kardiovaskular.

Kobis bulat juga diperkaya dengan kandungan Vitamin K, Vitamin C dan serat selain kaya dengan Vitamin B dan asid folik.

Selain itu, kobis bulat juga mengandungi fitokimia sebagai sebatian kimia yang wujud dalam buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu sahaja.

Fitokimia ini berfungsi memecahkan radikal secara bebas dan dipercayai mampu memerangi kanser serta memelihara kesihatan kardiovaskular.

Kandungan vitamin dan nutrisi yang ada pada kobis juga sangat baik diamalkan oleh pesakit buah pinggang. Jika anda sedang menjalani diet dialisis, anda boleh mencampurkan kobis dalam sajian coleslaw atau takoyaki.

5. Kobis bunga

Kobis bunga kaya dengan vitamin dan serat penting untuk tubuh.

Sayuran lain yang baik untuk pesakit buah pinggang ialah kobis bunga. Kobis bunga merupakan cruciferous yang diperkaya dengan vitamin C, folat dan serat serta ia mempunyai sebatian yang mampu membantu hati meneutralkan bahan toksik.

Selain itu, kobis bunga boleh dimakan mentah sebagai salad, dikukus atau direbus atau dilecek menjadi seperti kentang putar.

Kandungan bagi setiap ½ cawan kubis bunga bersamaan dengan 9mg sodium, 88mg kalium dan 20 mg fosforus.

Ia juga diperkaya dengan indole, glucosinolates dan thiocyanates-sebatian yang mampu meneutralkan toksik dalam hati yang akan menyebabkan kerosakan pada sel membrane dan DNA dalam tubuh anda.

6. Lada benggala

Lada benggala merah sangat baik kerana ia mengandungi lycopene, antioksidan yang melindungi kanser tertentu.

Lada benggala adalah sayur yang baik untuk diamalkan oleh pesakit buah pinggang. ½ cawan lada benggala merah mengandungi kadar nutrisi bersamaan 1mg natrium, kalium 88mg, dan 10mg fosforus.

Kandungan kalium dalam lada benggala merah adalah lebih rendah. Sayuran yang lazat ini juga merupakan sumber vitamin C dan vitamin A yang sangat baik, serta vitamin B6, asid folik & serat.

Lada benggala merah sangat baik untuk kita kerana ia mengandungi lycopene, antioksidan yang melindungi kanser tertentu.

Lada benggala merah boleh dimakan begitu sahaja dan dijadikan sajian salad. Jika diet ini disediakan untuk pesakit buah pinggang, lada benggala mudah disediakan dengan menambahkan cili benggala merah dalam menu harian.

Makan begitu sahaja atau dipanggang, ia pasti akan lebih menyelerakan dengan mencampurkan dalam tuna, sandwich, salad ayam atau salad sayuran.

7. Putih telur

Putih telur merupakan makanan yang baik untuk diet pesakit buah pinggang kerana kadar protin yang kurang fosforus.

Putih telur mengandungi protin tulin dan mempunyai semua asid amino yang penting. Ia juga mempunyai kurang fosforus daripada sumber protein lain, seperti kuning telur atau daging.

Dalam 2 putih telur, mengandungi sekurangnya 7g protein, 110mg natrium, kalium 108mg, dan 10mg fosforus.

Putih telur merupakan makanan yang baik untuk diet pesakit buah pinggang setiap hari kerana kadar protin yang kurang fosforus berbanding sumber protin lain seperti kuning telur atau daging.

Putih telur boleh dijadikan bahan utama dalam membuat omelets atau sandwic telur. Ia juga boleh ditambah bersama minuman smoothies.

Amalan gaya hidup sihat

Anda perlu mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang dan sekurang-kurangnya minum air masak sebanyak 2 liter setiap hari dan lebih banyak adalah lebih baik untuk menjaga kesihatan buah pinggang anda.

Bagi individu yang mempunyai tabiat merokok yang teruk haruslah menghentikannya segera dan amalkan senaman yang sihat sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Amalan ini dapat mengekalkan berat badan yang ideal bagi memastikan tubuh sentiasa sihat dan mencegah penyakit serius.

Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat atau makanan tambahan untuk mengelakkan kesan sampingan yang buruk terhadap kesihatan tubuh terutama sekali buah pinggang.

Artikel ini telah disiarkan di butterkicap.com

Butterkicap adalah platfom dan komuniti yang menceritakan tentang makanan dan kebudayaan di Malaysia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.