
“Kini sudah menjadi perkara biasa banyak kawasan lapang yang dimaksudkan untuk sukan awam dijual oleh majlis tempatan kepada pemaju demi keuntungan,” katanya.
“Tambahan, kerajaan tempatan tidak mendapat dana yang mencukupi untuk menyelenggara kawasan yang tinggal (tidak dijual),” katanya.
Ti berkata, kekurangan kemudahan sukan awam menyumbang kepada ramai remaja, terutamanya dalam kalangan B40, memilih gaya hidup yang kurang terlibat fizikal.

Beliau menggesa kerajaan agar menyediakan lebih banyak pembiayaan untuk sukan bukan pertandingan, sebagai satu cara untuk memupuk gaya hidup lebih sihat dan mengurangkan kos penjagaan kesihatan.
“Kerajaan mesti memandang sukan dengan serius, termasuk aktiviti yang berunsur keseronokan, untuk memupuk gaya hidup yang lebih baik dan mengurangkan kos menjaga kesihatan negara,” katanya kepada FMT.
Komen Ti menyusuli statistik didedahkan oleh Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa yang menunjukkan bahawa empat daripada lima remaja tidak aktif, manakala hanya dua daripada setiap tiga agak aktif, tetapi pada tahap sedentari.
Ti berkata, kebanyakan orang tidak mengendahkan gaya hidup aktif kerana mereka tidak melihat faedah segeranya, walaupun penting untuk kesihatan.
Bekas atlet 400m lari berpagar Noraseela Khalid berkata, gaya hidup pasif menjadi masalah negara yang perlu diberi perhatian segera.
“Kecergasan fizikal mesti bermula dari rumah, dengan mengambil bahagian dalam aktiviti komunal seperti maraton dan permainan,” katanya.
“Apabila keluarga mengambil bahagian dalam aktiviti ini bersama-sama, mereka membina budaya yang boleh menyumbang kepada perubahan besar (dalam kehidupan pada kemudian hari).”
Noraseela juga berkata, remaja harus mengelak daripada makan makanan segera yang diproses. Makanan ringan, katanya, menyekat kemajuan ke arah menjalani kehidupan yang sihat.