Penyelam amatur terkejut jumpa syiling emas era Rom

Penyelam amatur terkejut jumpa syiling emas era Rom

Selain syiling emas, penyelam itu turut menemui paku tembaga dan sisa plumbum berkemungkinan peti air laut.

Ahli arkeologi akan meneruskan proses penggalian beberapa minggu lagi di tapak tersebut.

Dua penyelam amatur terkejut besar apabila menemui antara koleksi terbesar syiling Rom di pantai timur Sepanyol.

Luis Lens dan Cesar Gimeno dikatakan sedang menyelam berhampiran pulau Portitxol di Xabia 24 Ogos lalu sebelum menemui lapan keping syiling.

Susulan itu, 45 lagi syiling berjaya dibawa naik hasil selaman ahli arkeologi, menurut kenyataan akhbar dari Universiti of Alicante Selasa lalu.

Hasil analisis ke atas syiling yang berkeadaan baik itu oleh Institut Arkeologi dan Warisan Sejarah mendapati ia mungkin dari kurun ke-4 atau awal kurun ke-5.

Selain syiling emas, penyelam itu turut menemui tiga paku yang diperbuat daripada tembaga selain sisa plumbum berkemungkinan dari peti air laut.

Menurut profesor sejarah kuno dari Universiti Alacante, Jaime Molina Vidal, ia adalah antara penemuan syiling Rom terbesar di Eropah.

Syiling berkenaan akan dibaik pulih dan dipamerkan di Soler Blasco Archaeological and Ethnographic Museum di Xabia.

Eksplorasi seterusnya akan ditaja oleh kerajaan tempatan Valencia yang menyalurkan AS$21,000 (RM88,000) kepada pasukan itu.

Teluk di sekitar Portitxol cukup terkenal dengan tapak arkeologi yang menemui sauh, kendi bertangkai dua, cebisan seramik dan pelbagai artifak lain.

Molina Vidal yang turut mengetuai arkeologis dalam laut itu merancang untuk meneruskan penggalian di tapak sama beberapa minggu lagi bagi menentukan sama ada terdapat kapal karam berhampiran.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.