Singapura sambut kelahiran pertama anak panda gergasi

Singapura sambut kelahiran pertama anak panda gergasi

Menurut Wildlife Reserves Singapore (WRS), jantina anak panda seberat 200 gram itu belum dapat dipastikan dan akan diumumkan kemudian.

Jia Jia, melahirkan anak pertamanya pada Sabtu di Safari River, Singapura. (Gambar Bernama)
SINGAPURA:
Singapura pada Sabtu menyambut kelahiran anak pertama panda gergasi ‘Jia Jia’ dengannya psangannya ‘Kai Kai’, di Safari River.

Menurut Wildlife Reserves Singapore (WRS), jantina anak panda seberat 200 gram itu belum dapat dipastikan dan akan diumumkan kemudian.

“Pada Julai, imbasan ultrasound menunjukkan tanda-tanda Jia Jia hamil dan sejak itu pihak kami sentiasa memantau perkembangannya,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif WRS Dr Cheng Wen-Haur, dalam satu kenyataan di sini.

Dr Cheng yang juga Ketua Sains Hayat berkata panda gergasi betina itu mengalami kepseudobuntingan, iaitu keadaan bunting yang tidak benar walaupun terdapat simptom.

“Pada 10 Ogos ketika doktor haiwan menjalankan pemeriksaan ultrasound mendapati adanya janin dan degupan jantung,” kata Dr Cheng.

Pada April tahun ini, menurut WRS Kai Kai yang berumur 13 tahun dan Jia Jia, 12 tahun mula menunjukkan tanda-tanda ingin mengawan. Tempoh bunting untuk panda adalah lima bulan.

WRS dan Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan China untuk Panda Raksasa (CCRCGP) kemudian bekerjasama untuk memulakan pelan pembiakan.

Kai Kai dan Jia Jia yang berasal dari Pusat Panda Ya’an Bifengxia, Chengdu, China tiba di Singapura pada 6 September 2012.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.