David Foster dikurniakan cahaya mata lagi

David Foster dikurniakan cahaya mata lagi

Bayi tersebut merupakan anak sulung hasil perkahwinannya bersama penyanyi Katherine McPhee, 37 tahun.

Foster dan Katherine berkahwin pada 2019. (Gambar AP)
LOS ANGELES:
Penerbit dan komposer terkenal, David Foster menimang cahaya mata lelaki semalam pada usia 72 tahun.

Bayi tersebut merupakan anak sulung hasil perkahwinannya bersama penyanyi Katherine McPhee, 37 tahun.

Ini merupakan anak keenam Foster dan yang pertama buat Katherine.

Foster dan Katherine berkahwin pada Jun 2019 selepas menjalinkan hubungan ketika Katherine menyertai program American Idol musim kelima pada 2006.

Jurucakap Khatherine berkata, “ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.”

Foster telah memiliki lima anak hasil perkahwinannya yang lalu iaitu Amy, Erin, Allison, Sara dan Jordan.

Sebelum ini, Foster pernah berkahwin dengan Yolanda Hadid iaitu ibu kepada peragawati terkemuka Bella dan Gigi Hadid dan kemudian berpisah.

Dia kemudiannya berkahwin dengan Katherine.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.