
Ketua Polis Kota Setar, Syed Basri Syed Ali, berkata suspek 29 tahun itu direman tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan.
“Suspek panas baran dan siasatan awal kejadian ini dipercayai berpunca daripada masalah kewangan,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Beliau berkata, pihaknya sedang mengesan senjata digunakan suspek untuk menikam mangsa yang juga ibunya.
Isnin lalu, media melaporkan Zahrullail Basir, 52, ditemui maut dengan tiga kesan tikaman, kesan luka dan lebam di rumahnya kira-kira 8.45 pagi kelmarin.
Polis dilaporkan berkata, hasil pemeriksaan mendapati sebuah beg tangan mengandungi barang kemas, sejumlah wang tunai dan telefon bimbit hilang.
Polis kemudian menahan suspek yang juga anak sulung mangsa dalam sebuah bas persiaran yang dalam perjalanan menuju Selangor, di KM441.5 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pada 8.34 malam Isnin.