
Menurut anaknya, Ahmad Zaini, 49, bapanya mempunyai masalah injap jantung sempit dan dimasukkan ke IJN, Isnin lalu. Raja Gelek itu belum menjalani sebarang pembedahan jantung dan masih berada dalam pemantuan pihak IJN.
“Ada injap jantungnya sempit dan bapa dijangka akan menjalani rawatan untuk masalah itu pada petang Jumaat atau Isnin depan.
Kata Ahmad Zaini lagi, bapanya ditemani ibu (Datin Rohani Awang Ngah, 63) dan berada dalam keadaan baik.
“Dia cuma lemah dan kurang selera makan,” katanya lagi.
Datuk M Daud Kilau sebelum ini dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) setelah mengadu sesak nafas. Sejak empat tahun lalu, beliau berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kencing manis.
Datuk M Daud Kilau juga sudah tidak boleh berdiri lama selain mengalami kebas kaki dan tangan serta keadaan jantung yang tidak stabil dan kurang daya pendengaran.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]