
Sepasang cermin mata bertatah berlian dan zamrud milik keluarga Diraja India yang tidak diketahui asal-usulnya bakal dijual dalam lelongan di London akhir bulan ini.
Menurut rumah lelongan Sotheby, lensa itu diletakkan dalam bingkai era Mughal sekitar tahun 1890.
Cermin mata itu akan ditawarkan pada harga lelongan sekitar £ 1.5 juta hingga 2.5 juta (AS$2 juta hingga AS$3.4 juta) setiap satu, kata rumah lelongan itu.
Sebelum dilelong, ia akan dipamerkan Oktober ini buat pertama kalinya di Hong Kong dan London.
Pengerusi Sotheby Asia Barat dan India, Edward Gibbs, berkata masih tidak jelas asal-usul kacamata ini, namun ia mungkin milik Mughal, dinasti yang memerintah benua kecil itu pada abad ke-16 dan 17 yang cukup terkenal dengan pencapaian seni dan seni binanya yang kaya.
Sotheby dalam satu kenyataan berkata cermin mata tersebut dibentuk daripada berlian dan zamrud.
“Kualiti dan keaslian batu permata ini sangat luar biasa dan melihat saiznya, ia sudah pasti disimpan khusus untuk seorang maharaja,” tambahnya.
Difahamkan kanta berlian itu berasal dari lombong di Golconda di selatan India. Manakala Zamrud berbentuk air mata itu berasal dari zamrud Colombia tunggal.
“Walaupun lensa biasa hanya berfungsi untuk membantu kejelasan penglihatan, fungsi penapis ini lebih cenderung kepada alat pencerahan rohani. Dipercayai zamrud memiliki keajaiban untuk menyembuhkan dan menangkis kuasa sihir,” kata Sotheby.
Menurut rumah lelongan itu, cermin mata seumpamanya yang cukup terkenal dalam sejarah dan mitologi ada disebut dalam “Natural History” Pliny the Elder.
Ia menceritakan mengenai maharaja Rom kuno, Nero yang menyaksikan perlawanan gladiator melalui permukaan batu hijau yang berharga.
Guru Nero, Seneca, adalah pakar dalam pembiasan cahaya, cermin, dan optik, serta dianggap sebagai antara cermin mata pertama pernah ditemui, jelas kenyataan itu.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]