Acara lelong barang Che Ta ditunda

Acara lelong barang Che Ta ditunda

Lelongan itu sepatutnya berlangsung hari ini membabitkan 34 barangan dianggarkan bernilai RM902,012.46.

Rozita Che Wan
Bahagian undang-undang Mara sebelum ini dalam proses pemfailan kebankrapan terhadap Che Ta dan anak sulungnya yang gagal membayar pinjaman hampir RM1 juta sejak 2017. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Acara lelongan awam barangan milik pelakon Rozita Che Wan ditunda ke satu tarikh baharu akan dimaklumkan kelak.

Bagaimanapun, sumber daripada Mara tidak memaklumkan sebab ia ditangguhkan, lapor Sinar Harian.

“Saya difahamkan acara lelongan barangan Che Ta pada hari ini (Selasa) ditunda. Saya tiada maklumat lanjut mengenainya (sebab acara ditunda),” katanya.

Lelongan awam itu sepatutnya berlangsung hari ini membabitkan sebanyak 34 barangan dianggarkan bernilai RM902,012.46 termasuk sebuah kenderaan jenis Haval.

Selain kenderaan, terdapat beberapa barangan elektronik milik Che Ta seperti peti ais, pendingin hawa, ketuhar gelombang mikro, mesin basuh, mesin pengering, penyedut hampagas dan televisyen.

Bahagian undang-undang Mara sebelum ini dalam proses pemfailan kebankrapan terhadap Che Ta dan anak sulungnya, Ammar Effendy yang gagal membayar pinjaman hampir RM1 juta sejak 2017.

Langkah itu adalah prosedur susulan dilakukan terhadap selebriti itu selepas gagal melunaskan hutangnya dalam tempoh tujuh tahun walaupun pelbagai usaha diambil Mara bagi mendapatkan semula wang berkenaan sehingga membawa kes ke mahkamah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.