
Kekurangan beras yang didorong hasil tuaian tidak baik akibat cuaca panas dan pembelian panik susulan amaran “gempa mega” pada musim panas lalu menyaksikan harga melonjak dua kali ganda dalam tempoh setahun.
Memburukkan lagi keadaan apabila sesetengah peniaga dikatakan menyorok bekalan mereka dan menunggu masa terbaik menjualnya.
Jepun menyimpan kira-kira sejuta tan beras kecemasan.
Negara itu pernah menggunakan rizab berasnya ketika dilanda bencana, tetapi ini julung kali masalah rantaian bekalan menjadi puncanya sejak simpanan stok itu diwujudkan pada 1995.
Kementerian Pertanian dijangka memilih pembida untuk 150,000 tan beras menjelang Rabu ini dan beras dilelong itu dijangka berada di pasaran akhir bulan ini.
Kementerian itu berkata, ia bercadang mengeluarkan 60,000 tan beras lagi, jika perlu.
“Ini situasi sangat tidak normal,” kata Menteri Pertanian, Taku Eto di Parlimen hari ini.
“Dengan menyelesaikan bahagian rangkaian pengagihan bermaslaah, kami berharap dapat meredakan kesukaran dihadapi pengguna.”
Menurut pakar, beberapa faktor menyumbang kepada krisis itu, antaranya ledakan pelancongan dan kekurangan akibat gelombang haba dalam beberapa tahun ini.
Pada Ogos lalu, sesetengah premis tidak mempunyai bekalan beras selepas kerajaan memberi amaran kemungkinan berlaku “gempa mega”, ribut taufan dan perayaan Obon tahunan.