
Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan, bermekap juga antara paling digemari. Namun, mungkin mengejar waktu, ada juga yang melakukannya dengan tergesa-gesa hingga mengakibatkan padah terhadap wajah.
Seorang wanita yang menggunakan akaun @roomeyroo di TikTok telah berkongsi pengalaman sedih apabila dia kehilangan sebahagian bulu mata akibat tergesa-gesa ingin melentikkannya.
Wanita itu yang baru saja memakai maskara ingin melentikkan bulu matanya dengan ‘eyelash curler’ atau pelentik bulu mata.
Tanpa berlengah dia terus menyepitnya namun apabila membuka ‘eyelash curler’ tersebut dia nyata terkejut kerana helaian bulu matanya melekat pada penyepit tersebut.
Amat menyedihkan apabila dilihat pada bahagian kelopak mata, hanya sedikit bulu mata yang tinggal.
“Inilah yang terjadi jika kamu tergesa-gesa memakai mekap,” tulisnya dalam video tersebut.
Video itu mendapat pelbagai reaksi dari warganet yang rata-rata bersimpati dengan wanita terbabit.
Ramai juga yang memberi nasihat cara menumbuhkan kembali bulu matanya dengan cepat.
“Cuba guna minyak kastor supaya ia tumbuh lebih cepat,” komen seorang nitizen.
“Pernah terjadi kepada saya, hampir semua bulu mataku tercabut. Saya pakai ‘eyeliner’ hitam untuk menutupinya apabila keluar rumah,” kata seorang lagi.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]