12 juta warganet kagum tengok atuk 73 tahun layan papan selaju

12 juta warganet kagum tengok atuk 73 tahun layan papan selaju

Video yang mengundang 12 juta tontonan itu dikongsi Max Timukhin di akaun Instagramnya.

Igor, seorang warga emas berusia 73 tahun yang tular berikutan aksi papan selajunya yang sempurna.

Melayani minat dan keghairahan terhadap sesuatu memerlukan dedikasi dan kerja keras, walaupun ia adalah sesuatu yang anda gemari.

Hasil dedikasi dan kerja keras serta latihan intensif itulah yang menjadikan seorang lelaki sempurna dan kami mempunyai video yang tepat untuk membuktikannya.

Satu klip video telah menjadi tular di media sosial di mana seorang lelaki berusia 73 tahun, dikenali sebagai Igor, dilihat bermain skateboard dengan sempurna dan mengagumkan.

Dalam klip itu, Igor, yang memakai baret dan jaket, dilihat berhati-hati menaiki papan selajunya.

Apa yang dilihat selepas itu cukup mengejutkan. Bermain papan selaju di jalan kosong, lelaki itu kelihatan seperti sangat seronok melakukan apa yang dia suka.

Permainannya juga sangat berskil dan lancar seperti seorang profesional.

Difahamkan, Igor telah bermain skateboard sejak tahun 1981 dan kini kita tahu dari mana datangnya kesempurnaan itu.

“Igor berusia 73 tahun. Igor mula bermain papan selaju sejak 1981,” jelas keterangan video itu.

Video yang dimuat naik oleh pengguna Instagram Max Timukhin itu tular dengan 12.2 juta tontonan.

Jabatan warganet rata-rata terkesima dengan kesempurnaan lelaki itu dan memanggilnya legenda.

“Inspirasi saya untuk hari ini,” kata seorang pengguna.

“Legend,” komen ringkas seorang lagi peminat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.