
Mengulas gesaan kepimpinan ulama dikekalkan jika Presiden Hadi Awang berundur pada pemilihan September depan, Tuan Ibrahim berkata pendirian itu adalah tradisi diamalkan sejak sekian lama.
“Tak semestinya ulama…paling penting terima dasar parti, berpegang teguh sumber asas seperti al-Quran dan hadis. Bila sebut demikian, orang mahir ambil nas dan ijtihad sebagai pimpinan.
“Dalam politik banyak benda baharu memerlukan ijtihad, kena ada kepakaran dalam sesuatu keputusan parti.
“PAS ini apa pun garis panduannya tak boleh langgar syarak, kena ikut,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan PAS Kota Bharu.
Beliau mengulas gesaan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin yang pengganti Hadi jika Ahli Parlimen Marang itu berundur, harus di kalangan ulama.
Dipetik Harakah Daily, Hashim menjelaskan pihak tidak menolak profesional yang boleh merujuk kepada kepimpinan ulama dalam membuat berdepan suasana politik.
Menurut Tuan Ibrahim, tradisi mengekalkan kepimpinan ulama bukan bermakna golongan profesional dalam PAS ditolak.
“Ramai profesional kita pun hafal al-Quran dan menguasai bidang agama selain profesional.
“Lebih-lebih lagi dalam keadaan PAS bersedia menjadi kerajaan, kita terbuka tetapi mesti mematuhi dasar parti, sumber al-Quran, hadis dan ulama,” katanya.
Baru-baru ini, Sinar Harian melaporkan Hadi didakwa membayangkan berundur daripada jawatan presiden PAS atas faktor kesihatan.ags
Difahamkan, beliau menyampaikan hasrat itu kepada barisan kepimpinan tertinggi dalam pemukiman parti di Terengganu.
Perkembangan itu menyusul pelbagai spekulasi berkait kedudukan presiden dan timbalan presiden PAS menjelang pemilihannya dijangka September depan.