Cubaan jual lukisan Da Vinci cetus pertikaian mahkamah

Cubaan jual lukisan Da Vinci cetus pertikaian mahkamah

Harga karya itu kini mencecah RM41 juta.

Karya itu adalah antara beberapa lukisan dan ukiran yang dihadiahkan kepada Jean B,80, oleh bapanya pada 1959. (Gambar AFP)

Sebuah lukisan kecil menggunakan medium pen dan dakwat yang dipercayai karya Leonardo da Vinci, kini menjadi rebutan antara pemiliknya dan Kementerian Kebudayaan Perancis.

Kes membabitkan sentuhan Leonardo yang tersembunyi sejak berdekad lalu dalam longgokan kotak itu dibicarakan di Perancis.

Menurut mahkamah perbicaraan itu akan dimulakan sekiranya lukisan yang memaparkan subjek Saint Sebastian terikat di pokok itu dibenar meninggalkan Perancis selepas dibeli oleh seorang pembeli dari luar negara.

Karya itu adalah antara beberapa lukisan dan ukiran yang dihadiahkan kepada Jean B,80, oleh bapanya selepas lulus peperiksaan sekolah perubatannya pada 1959.

Lebih meminati batu berbanding lukisan, doktor muda itu terus menyimpan dan terlupa mengenainya sehingga lebih setengah abad kemudian.

Selepas menemui semula kotak berisi lukisan itu pada 2016 ketika berpindah, dia memutuskan untuk memberikannya ke rumah lelongan Tajan untuk dinilai.

Ketua Jabatan Old Masters Tajan, Thaddee Prate, mengenal pasti lukisan itu tanpa menyatakan siapa pelukisnya dan meletakknya nilai antara 20,000 hingga 30,000 euro (RM70,754 hingga RM104,050).
Sebaliknya Seorang pakar lain, Patrick de Bayser, menyimpulkan gambar dua sisi – sisi itu tidak lain adalah sentuhan Leonardo.

Dalam sekelip mata, nilai anggaran karya itu melonjak antara 8 hingga 12 juta euro (RM28 juta hingga RM41.6 juta).

Oleh kerana karya Leonardo cukup jarang ditemui, kerajaan Perancis terpaksa campur tangan dan mengisytiharkan lukisan itu sebagai “harta negara” dan memberi tempoh 30 bulan untuk memperolehinya atas nama muzium Louvre di Paris, kediaman Mona Lisa.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.