
Sukar tidur waktu malam adalah satu masalah yang agak berat dan boleh memberi tekanan. Walau lama berbaring di katil tetapi mata tetap tidak mengantuk. Ini memang merungsingkan apatah lagi esok perlu bangun awal untuk ke tempat kerja.
Untuk mengatasi masalah tersebut, apa kata anda cuba makan 5 jenis makanan yang dikatakan dapat membantu anda tidur dengan lebih cepat. Namun, perlu diingat, setiap kita mempunyai tubuh yang berbeza dan kesannya juga tidak sama. Mari kita lihat makanannya:
1. Pisang
Buah pisang dikatakan mengandungi zat tepung yang kaya magnesium serta kalium yang membuatkan otot menjadi lebih relaks sehingga menjadi lebih mudah untuk anda tertidur.
2. Mozzarella Cheese
Mozzarella cheese mengandungi “triptofan” iaitu asid amino yang mendorong tubuh menghasilkan hormon “serotonin” yang boleh membuatkan tubuh berasa lebih santai dan tidur pun jadi menjadi lebih nyenyak.
3. Almond
Kacang almond juga boleh dijadikan kudapan agar tidur lebih cepat dan nyenyak. Kandungan magnesium di dalamnya membuatkan otot-otot mengendur sehingga anda merasa lebih tenang dan mempercepatkan tidur anda.
4. Salmon
Sewaktu anda berasa penat, cubalah makan ikan salmon yang telah diolah menjadi makanan kegemaran anda. Memadai dengan memakan 50 gram ikan salmon, ia sudah boleh membuatkan anda menjadi lebih bersemangat dan tidur pun menjadi lebih lena. Ini disebabkan kerana kandungan asid Omega-3 yang terkandung di dalamnya.
5. Oatmeal
Serat oat merupakan sumber kabohidrat yang membantu anda berasa cepat mengantuk dan tidur dalam keadaan yang tenang.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]