Teknik mekap untuk kulit gelap

Teknik mekap untuk kulit gelap

Tahu cara yang betul dan mekap yang sesuai dengan warna kulit akan menyerlahkan penampilan wajah anda.

Kombinasi warna lembut pada pembayang mata akan memberi kesan segar pada mata. (Gambar Rawpixel)

Kulit gelap? Kenapa risau, kulit gelap tidak bermakna anda tidak boleh kelihatan cantik setelah bermekap. Yang penting tahu cara solekan yang betul dan mekap yang sesuai dengan warna kulit anda. Ia mampu merubah gaya dan penampilan wajah anda jadi lebih memikat.

Cuba ikut beberapa teknik mekap di bawah yang boleh anda praktikkan.

Teknik 1

Pilih warna mekap yang tidak jauh dengan warna kulit anda. Jangan sesekali cuba mengubah warna kulit gelap dengan memakai bedak asas yang tebal untuk tampil cerah.

Teknik 2

Pilih foundation atau alas bedak yang warnanya mengarah kepada tona kuning langsat. Hindari warna dasar kemerahan kerana ia akan membuatkan kulit anda kelihatan seperti terbakar.

Pilihlah bedak asas dengan warna yang setingkat lebih gelap dari kulit atau setingkat lebih muda daripada warna kulit. Sapukan pada seluruh wajah, telinga dan juga leher.

Teknik 3

Untuk pemerah pipi, pilih warna aprikot atau “peach”. Tetapi jika kulit anda lebih gelap, sebaiknya pakai pemerah pipi tona keemasan yang dipadukan sedikit dengan warna coklat pekat.

Teknik 4

Selaraskan pembayang mata atau “eyeshadow” dengan warna lembut seperti “bronze”, kuning muda dan coklat pekat. Kombinasi warna tersebut akan meninggalkan kesan yang lebih segar.

Teknik 5

Pilih gincu yang paling dekat dengan warna kulit seperti coklat susu, merah jambu lembut atau “plum” gelap. Jika anda suka memakai “lip gloss”, pilih warna coklat pekat.

Ingat!

Memakai mekap bukan bermakna mengubah warna kulit. Sebaliknya menutupi kekurangan dan menonjolkan kelebihan pada wajah. Hindari memilih warna kontras pada “eyeshadow”, pemerah pipi dan juga warna gincu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.