
Tidak kira muda atau tua, manusia sentiasa mahu kelihatan cantik.
Tipulah jika ada wanita tidak suka bersolek dan ada yang sekurang-kurangnya akan memakai gincu atau bedak asas.
Bedak asas ialah keperluan bersolek yang dapat memberi kelembapan dan melindungi kulit muka daripada bahan solekan lain.
Jenama tempatan Chriszen yang mula diperkenalkan pada Januari 2014, kini tampil dengan produk terbarunya – Chriszen Match Matte Serum Foundation.

Bedak asas Chriszen dilengkapi serum yang dihasilkan 11 bahan semula jadi seperti ekstrak bearberry, oat, alga Laut Merah, akar likuoris, vitamin B3, bunga kemboja, trehalosa, fucogel, aloe vera, madu Manuka dan ekstrak witch hazel.
Bahan asas juga itu dapat mencerahkan, melembap dan melindungi kulit wajah daripada radikal.
Ia juga mempunyai fungsi anti-oksida serta anti-penuaan.

Bedak asas ini juga memberi sentuhan lebih ringan memandangkan ia lebih kepada “water base” berbanding produk lain yang lebih “oily”

Chriszen Match Matte Serum Foundation didatangkan dengan 5 ton warna yang bersesuaian kulit wanita Asia, iaitu Natural Ivory, Light Beige, Nude Beige, Natural Beige dan Rich Honey.

Chriszen Match Matte Serum Foundation mudah digunakan dan diserap oleh kulit wajah.
Untuk keterangan lanjut mengenai produk boleh layari:
www.chriszen.com
www.facebook.com/chriszenofficial
www.instagram.com/chriszen_official
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]