Cabaran ‘lipstik’… Bimbang wanita cuba ‘buktikan’ mereka kurus kering

Cabaran ‘lipstik’… Bimbang wanita cuba ‘buktikan’ mereka kurus kering

Cabaran ‘lipstik’ dimulakan penyanyi dan pelakon Chen Shu, menunjukkan cuba mengimbangi sebatang lipstik di bahagian tulang selangka mereka berdekatan dengan leher.

Chen Shu menerusi beberapa video yang tersebar menunjukkan dirinya cuba mengimbangi lipstik di tulang selangka.

Orang ramai terutamanya wanita digalakkan untuk menghargai badan mereka sendiri.

Namun, timbul kebimbangan apabila masih ada segelintir masyarakat yang menganggap badan yang ideal adalah kurus.

Dan kebimbangan itu semakin berleluasa dengan trend terbaharu di media sosial iaitu cabaran “lipstik”.

Cabaran tersebut dikatakan dimulakan oleh penyanyi dan pelakon Chen Shu.

Ia menunjukkan kaum wanita cuba untuk mengimbangi sebatang lipstik di bahagian tulang selangka mereka berdekatan dengan leher.

Tindakan itu disifatkan Chen sebagai satu kemahiran.

Bagaimanapun, ramai yang melihat perkara itu sebagai satu bentuk body shaming, kerana lebih kurus seseorang itu, lebih luas tulang selangka mereka.

Cabaran ‘lipstik’ ini secara tidak langsung akan membuatkan wanita berlumba untuk menjadi kurus.

Keadaan itu membolehkan mereka menyempurnakan cabaran berkenaan.

Chen, 43, berkongsi sebuah video mengenai dirinya yang menyempurnakan cabaran itu di laman sosial Weibo dan berkata: “Kemahiran baharu dicapai! Jom cuba cabaran baharu ini bersama saya.”

Ia dikatakan trend terbaharu susulan satu cabaran pada 2015 yang menunjukkan wanita mengimbangi duit syiling pada tulang selangka mereka.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.