

Seorang kakitangan kedai kecantikan dalam talian, Ulta Beauty Inc membocorkan maklumat ”kotor” syarikat itu yang menggunapakai produk ‘reject/return’ pelanggan lain kepada pelanggan baharu.


Manakala dalam satu kenyataan balas Ulta Beauty kepada BuzzFeed, ia berkata pihaknya sedang menyiasat perkara yang dikongsi di laman Twitter dan amalan yang digunakan di setornya.

“Polisi, latihan dan prosedur kami bertujuan untuk memastikan hanya produk berkualiti tinggi dijual. Kami melarang penjualan semula produk yang digunakan atau rosak. Rakan kongsi kami dilatih untuk mempakej semula barang-barang tersebut dan membuangnya dengan betul. Jika pekerja bimbang polisi Ulta Beauty dilanggar, mereka boleh buat laporan tanpa mendedahkan nama melalui talian kami,” petik kenyataan itu.
Menariknya, rantaian tweet wanita itu menarik perhatian pekerja Ulta Beauty yang lain memberanikan diri melapor kisah sama yang berlaku di tempat mereka, iaitu menjual semula produk pernah dikembalikan selepas digunakan pelanggan.