
Pisang, sejenis buah pencuci mulut yang manis menjadi kegemaran ramai. Ia enak dimakan begitu saja ataupun dijadikan ramuan pencuci mulut seperti kuih muih, kek dan sebagainya.
Namun, tahukah anda bukan hanya pisang sahaja yang boleh dibuat masakan atau dimakan tetapi kulitnya juga mempunyai manafaat.
Mengatasi masalah kegatalan
Bagi mengatasi masalah gatal akibat gigitan nyamuk, kurangkan ia dengan menggunakan kulit pisang.
Caranya, anda hanya perlu ambil kulit pisang dan sapukan secara perlahan ke bahagian yang terkena gigitan nyamuk tadi. Lama-kelamaan rasa gatal pada kulit akan hilang.
Mengilatkan kasut
Kulit pisang juga boleh mengilatkan kasut, hanya sapukan kulitnya terus kepada kasut. Setelah itu, kilatkan dengan kain kering. Anda akan lihat hasil yang menakjubkan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]