EDUKATE: Luaskan peranan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak

EDUKATE: Luaskan peranan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak

EDUKATE menghantar kad laporan bulanan secara emel kepada ibu bapa yang menunjukkan perkembangan pembelajaran anak-anak mereka.

EDUKATE membolehkan ibu bapa membimbing anak-anak dalam pelajaran yang mereka lemah. (Gambar EDUKATE)

Mungkin ada di antara anda yang melakukan dua peranan di rumah, iaitu menjadi ibu bapa dan guru kepada anak-anak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Sebenarnya, ramai ibu bapa yang berharap mereka boleh berperanan secara aktif dalam kehidupan anak masing-masing termasuk membimbing mereka dari segi pendidikan, dan ini amat digalakkan.

Menurut Institut Penyelidikan Waterford, kanak-kanak yang mendapat bimbingan ibu bapa dalam pelajaran mereka cenderung menunjukkan prestasi akademik lebih baik, mempunyai kemahiran sosial lebih baik serta berkeyakinan tinggi.

Namun, bagaimana peranan dan bimbingan itu dapat diukur?

Bagi sesetengah ibu bapa, ia adalah perkara biasa jika mereka terlepas pandang mengenai masalah anak mereka yang bergelut untuk menguasai subjek tertentu.

Tidak kurang juga ada ibu bapa yang membuatkan anak mereka berasa tidak selesa apabila terpaksa mengulangi semula sesi persekolahan di rumah.

Perkara itu boleh diseimbangkan jika ibu bapa tahu bagaimana untuk memberi bimbingan dan sokongan mengikut keperluan mereka.

Secara idealnya, setiap ibu bapa harus meluangkan masa bersama anak-anak untuk membimbing mereka dalam perkara yang mereka lemah dan memberi galakan terhadap perkara yang berjaya dikuasai dengan baik.

Namun, ini mencetuskan satu soalan penting iaitu bagaimana ibu bapa ini boleh mendapatkan maklumat dan memanfaatkan kelebihan itu?

EDUKATE: Alat penilaian pembelajaran antrabangsa

EDUKATE ialah platform pembelajaran secara online selepas sekolah yang menangani pelbagai kebimbangan ibu bapa mengenai pelajaran anak masing-masing.

Platform ini menggunakan penilaian Bloom Taxonomy untuk menentukan kelemahan dan kekuatan pembelajaran anak.

Bloom Taxonomy yang secara asalnya diterbitkan pada 1956 oleh sekumpulan pakar psikologi kognitif dari Universiti Chicago, digunakan dalam pendidikan untuk memahami keperluan setiap orang dalam membangunkan pengetahuan baru, kemahiran serta pemahaman mereka.

EDUKATE menyediakan laporan bulanan mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak dan menghantarnya secara emel kepada ibu bapa. (Gambar EDUKATE)

Laporan prestasi bulanan anak-anak

Setiap bulan, satu kad laporan secara online akan dihantar menerusi emel kepada ibu bapa yang menunjukkan pecahan perkembangan pembelajaran anak-anak mereka selain rumusan ujian serta penilaian yang disiapkan setiap bulan.

Prestasi anak-anak akan dinilai berdasarkan enam aspek pembelajaran berikut:

  • mengingat
  • memahami
  • mengguna
  • menganalisa
  • mencipta
  • menilai

Laporan murid juga termasuk pecahan perkembangan anak-anak membabitkan topik individu dalam subjek tertentu.

Menerusi laporan ini, ibu bapa boleh memberi bimbingan kepada anak mereka yang menghadapi masalah dalam topik tertentu.

Sebagai contoh, Mary menerima kad laporan online anak lelakinya yang menunjukkan dia cemerlang dalam subjek Bahasa Inggeris dan Sains.

Kad laporan turut menyatakan dia lemah dalam Matematik terutama dalam topik membabitkan kemahiran aplikasi seperti darab dan pembahagian nombor lima digit.

Berdasarkan maklumat ini, Mary boleh membantu anaknya dalam topik berkenaan dan memberi bimbingan secukupnya sehingga dia berjaya memahaminya.

EDUKATE membolehkan ibu bapa memberi fokus terhadap masa dan usaha yang disasarkan dalam bahagian pembelajaran tertentu supaya anak mereka mendapat pengalaman yang positif. (Gambar EDUKATE)

Perkembangan positif melalui pembabitan aktif ibu bapa

Dengan memberi peluang kepada ibu bapa memberi fokus dalam meluangkan masa dan usaha terhadap bahagian pembelajaran tertentu, anak-anak mereka boleh menerima pengalaman yang positif.

  • Anak-anak boleh mempelajari semula topik dan subjek yang mereka kuasai.
  • Anak-anak berasa disokong memandangkan ibu bapa memberi fokus membantu mereka dalam bahagian yang lemah.
  • Ibu bapa dan anak-anak boleh membina hubungan lebih kukuh apabila meluangkan masa bersama-sama untuk mencapai hasil yang positif

EDUKATE: program selepas sekolah terbaik untuk anak-anak anda

EDUKATE ketika ini menyediakan pembelajaran subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk murid sekolah rendah Tahun 4 hingga 6.

Perancangan sedang dilakukan untuk menambah beberapa subjek lain yang diajar dalam silibus di Malaysia sekali gus menjadikan EDUKATE sebagai program selepas sekolah secara online yang menyeluruh dan sesuai untuk perkembangan pelajaran anak-anak.

Tawaran terhad EDUKATE

Nikmati diskaun 10 peratus hari ini apabila anda menggunakan kod promo “FMT” untuk mendaftar anak anda membuka akaun EDUKATE.

Inilah peluang anda untuk membantu anak-anak belajar dengan lebih baik melalui kelas inovatif, permainan berkonsep pelajaran, ujian dan tugasan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.