Lebih ramai cikgu baharu, guru bersara turun sedikit pada 2025

Lebih ramai cikgu baharu, guru bersara turun sedikit pada 2025

Kementerian Pendidikan mengambil 20,173 guru baharu tahun lalu peningkatan ketara daripada 13,983 yang dicatatkan pada 2024.

sekolah rendah
Seramai 4,271 guru memilih bersara pada tahun lalu, menunjukkan sedikit penurunan berbanding 5,082 pada 2024, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kementerian Pendidikan mengambil lebih ramai guru baharu pada 2025 berbanding tahun sebelumnya, manakala bilangan guru memilih bersara menunjukkan sedikit penurunan, kata Menteri Fadhlina Sidek.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Fadhlina menyatakan kementerian telah mengambil 20,173 guru baharu pada 2025, peningkatan ketara berbanding 13,983 pada 2024.

“Jumlah guru bersara pilihan yang telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam menunjukkan trend penurunan. Pada 2025 adalah seramai 4,271, berbanding 2024 seramai 5,082.

“Dengan penempatan seramai 20,173 guru baharu pada 2025, kadar pengisian jawatan guru terkini di seluruh negara adalah 97.68% setakat 31 Dis 2025,” katanya.

Fadhlina berkata, peningkatan jumlah pengambilan guru itu menstabilkan ekosistem pengajaran di seluruh negara.

Beliau percaya perkara berkenaan telah membantu meningkatkan kualiti sistem pendidikan kebangsaan, dengan memetik peningkatan bilangan pelajar lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada 85.2% pada 2016, kepada 94.01% pada 2024.

Fadhlina berkata demikian menjawab Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) yang meminta statistik terkini mengenai pengambilan dan persaraan guru.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.