1 maut, 5 cedera insiden berbalas tembak di Balai Polis Narathiwat

1 maut, 5 cedera insiden berbalas tembak di Balai Polis Narathiwat

Sekumpulan lelaki bersenjata senapang termasuk AK-47 lepas tembakan di pintu masuk balai itu.

mayat
Ketua Polis Chanae, Wirasak Pesaena, berkata seorang anggota polis maut di lokasi kejadian dengan insiden tembakan berlangsung hampir 15 minit. (Gambar Pixabay)
NARATHIWAT:
Seorang anggota polis maut, manakala lima lagi cedera diserang sekumpulan lelaki bersenjata di Balai Polis Chanae, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Chanae, Wirasak Pesaena, berkata dalam kejadian kira-kira 8.40 pagi (waktu tempatan), anggota polis dan sukarelawan pertahanan sedang menjalani latihan di pintu masuk balai polis itu.

“Sekumpulan lelaki bersenjatakan senapang termasuk raifal AK-47 melepaskan tembakan ke arah anggota polis dan sukarelawan pertahanan.

“Insiden berbalas tembakan berlarutan hampir 15 minit sebelum suspek melarikan diri,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Wirasak berkata, seorang pegawai polis terkena tembakan dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala lima lagi anggota polis dan sukarelawan pertahanan cedera.

“Mereka digegaskan ke Hospital Prince of Songkhla University untuk menerima rawatan,” katanya.

Wirasak berkata, polis menemukan kira-kira 30 kelongsong peluru di tempat kejadian.

“Pihak polis masih menyiasat motif serangan dan individu yang terlibat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.