
Dalam kejadian kira-kira 7 pagi tadi, penumpang depan Toyota Hilux, Muhammad Almadi Hassan meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu 34 tahun patah tangan.
Kedua-dua mangsa terperangkap dalam lubang pembentungan sedalam 7m dan selebar 6.5m yang dalam pembinaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid, berkata 14 anggota bersama beberapa jentera bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 7.04 pagi.
“Penumpang itu disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan, manakala pemandu yang cedera dibawa ke hospital dengan ambulans,” katanya menurut Harian Metro.