
SYDNEY: Tiga maut susulan kejadian tembak di barat Sydney di negeri timur Australia, New South Wales (NSW) pada petang Khamis, lapor Xinhua.
Pasukan Polis NSW memaklumkan dalam kenyataan bahawa perkhidmatan kecemasan dihubungi bagi melaporkan kejadian tembak di bandar kecil Tasik Cargelligo, 450 kilometer ke barat Sydney, kira-kira 4.40 petang waktu tempatan pada Khamis.
Polis mengesahkan tiga orang iaitu dua wanita dan seorang lelaki terbunuh.
Seorang lelaki dibawa ke hospital dalam keadaan parah namun stabil.
Lokasi jenayah telah dikenal pasti dan polis menggesa orang awam mengelak kawasan itu dan penduduk setempat supaya tidak keluar rumah.