2 maut tercampak bawah lebuh raya selepas treler terbabas

2 maut tercampak bawah lebuh raya selepas treler terbabas

Sebuah lori treler melanggar batu penghadang konkrit menyebabkan pemandu dan kelindannya tercampak ke bawah Lebuhraya Setiawangsa-Pantai.

Lori treler dinaiki dua mangsa terbabas dan melanggar batu penghadang konkrit di Jalan Empat, Jalan Chan Sow Lin, malam tadi.
PETALING JAYA:
Dua lelaki maut akibat tercampak ke bawah Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) selepas lori treler dinaiki mereka terbabas dekat Kilang Ceramic Pro di Jalan Empat, Jalan Chan Sow Lin, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berkata, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada 8.55 malam.

Komander Operasi, Nur Zahela Mohamad Zainal, berkata sebuah lori treler melanggar batu penghadang konkrit menyebabkan pemandu dan kelindannya tercampak ke bawah lebuh raya.

Menurutnya, dua lelaki tempatan itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh paramedik ambulans Kementerian Kesihatan.

“Kerja mengangkat mangsa dilakukan dan mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Harian Metro.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.