
Letusan terkuat berlaku pada 2.05 petang Ahad (waktu tempatan), memuntahkan kepulan abu tebal setinggi 6,000m ke udara. Awan tebal berwarna kelabu bergerak ke arah utara, timur laut, barat dan barat laut dari kawah.
Pihak berkuasa menaikkan Notis Pemerhatian Gunung Berapi untuk Penerbangan ke tahap merah, iaitu amaran tertinggi, menasihati pesawat mengelak terbang di bawah paras 6,000m berhampiran gunung berapi itu disebabkan bahaya abu.
Syarikat penerbangan turut diberi amaran berhubung potensi gangguan penerbangan akibat kepulan abu.
Bagi melindungi komuniti berhampiran, pihak berkuasa menetapkan zon bahaya sejauh 6km dari kawah, melarang pelancong dan pengunjung memasuki kawasan itu.
Penduduk di lereng gunung turut diberi amaran berhubung potensi aliran lahar akibat hujan lebat kerana sungai dari puncak gunung boleh mengalirkan serpihan.
Penduduk di kawasan terjejas abu dinasihatkan memakai pelitup muka untuk mengurangkan risiko gangguan pernafasan akibat zarah di udara.
Gunung Lewotobi berketinggian 1,584m antara 127 gunung berapi aktif di Indonesia.