Letusan gunung berapi di Guatemala paksa lebih 500 dipindahkan

Letusan gunung berapi di Guatemala paksa lebih 500 dipindahkan

Aliran lava kira-kira 1,200m mengalir dari kawah dan abu dijangka merebak sejauh 50km dari gunung berapi itu.

Penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan sementara sebagai langkah berjaga-jaga susulan letusan Gunung Volcán de Fuego di Guatemala. (Gambar EPA Images)
BUENOS AIRES:
Gunung Volcán de Fuego atau Fire Volcano di Guatemala memuntahkan abu dan lava yang memaksa lebih 500 orang dipindahkan setakat ini, kata agensi pengurusan bencana negara itu pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Aliran lava kira-kira 1,200m mengalir dari kawah, menurut Institut Nasional Seismologi, Vulkanologi, Meteorologi dan Hidrologi di platform media sosial X.

Abu dijangka merebak sejauh 50km dari gunung berapi

Gunung dengan ketinggian hampir 3,800m itu terletak kira-kira 40km barat daya ibu negara, Guatemala City, dan antara gunung berapi paling aktif di Amerika Tengah.

Letusan dahsyat pada 2018 menyebabkan ratusan orang terkorban.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.