Lebih 11,000 keluarga terjejas letusan Gunung Kanlaon

Lebih 11,000 keluarga terjejas letusan Gunung Kanlaon

Setakat ini, seramai 15,334 orang ditempatkan di 27 pusat pemindahan, manakala 2,522 lagi menerima bantuan di luar pusat pemindahan.

Abu letusan Gunung Kanlaon meliputi jalan di Bandar Bago, wilayah Negros Occidental. (Gambar AP)
MANILA:
Letusan Gunung Kanlaon di Pulau Negros baru-baru ini menjejaskan 11,791 keluarga, lapor Agensi Berita Filipina (PNA) memetik Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan pada Khamis.

Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah itu membabitkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas barat dan Visayas tengah.

Setakat ini, seramai 4,630 keluarga atau 15,334 orang ditempatkan di 27 pusat pemindahan, manakala 677 keluarga atau 2,522 orang menerima bantuan di luar pusat pemindahan.

Jabatan Kebajikan Sosial dan Pembangunan, pihak berkuasa tempatan serta organisasi bukan kerajaan menyediakan bantuan berjumlah PHP6.43 juta kepada keluarga terjejas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.