
Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) menaikkan status amaran Gunung Bulusan daripada 0 kepada 1 pada skala lima peringkat, menandakan aktiviti tahap rendah dan amaran kemungkinan letusan freatik.
Sebelum letusan antara 4.36 dan 5 pagi Isnin, institut itu merekodkan 53 gempa gunung berapi dalam tempoh 24 jam.
Phivolcs turut menggesa penduduk berjaga-jaga dalam zon bahaya 2km yang diperluaskan di sektor tenggara gunung berapi susulan risiko batu dan serpihan lain.
Pihak berkuasa penerbangan awam dinasihatkan memberi amaran kepada juruterbang supaya tidak terbang menghampiri puncak Gunung Bulusan.
Gunung Bulusan antara 24 gunung berapi aktif di Filipina, yang terletak dalam “Lingkaran Api” Pasifik, di mana aktiviti gunung berapi dan gempa bumi adalah perkara biasa.