
NEW YORK: Timbalan Pengarah Eksekutif Unicef, Ted Chaiban menggesa gencatan senjata segera di Gaza untuk menamatkan pembunuhan dan kecederaan terhadap kanak-kanak serta menyegerakan penghantaran bantuan menyelamatkan nyawa yang sangat diperlukan, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Beliau memberitahu taklimat media mengenai misinya ke Israel, Semenanjung Gaza dan Tebing Barat bahawa skala kemusnahan serta penderitaan kanak-kanak meningkat dengan ketara.
Jumlah keseluruhan individu terpaksa berpindah meningkat daripada 1.7 juta kepada 1.9 juta orang.
Beliau turut menekankan keperluan penyelesaian politik dirundingkan yang mengutamakan hak dan kesejahteraan kanak-kanak.