
SANTIAGO: Lima anggota Tentera Udara Chile terbunuh dalam nahas helikopter di selatan negara itu pada Isnin malam, lapor Xinhua memetik tentera udara pada Selasa.
Sebuah helikopter Bell 412 terhempas di wilayah Los Lagos dengan punca nahas sedang disiasat, menurut tentera udara dalam kenyataan.
Pesawat itu sedang menjalankan misi latihan penerbangan malam dengan lima kru, termasuk dua juruterbang, dua anggota kru udara dan seorang paratrooper penyelamat dan semua kru maut di tempat kejadian.
Tentera Udara Chile turut menyediakan bantuan dan sokongan kepada keluarga mangsa korban.
Presiden Chile, Gabriel Boric berkabung atas kematian anggota tentera udara itu dalam mesej di televisyen dan Dewan Timbalan turut bertafakur kira-kira seminit sebelum mula bersidang pada Selasa.