Helikopter terhempas, 6 mayat tentera ditemukan di selatan Filipina

Helikopter terhempas, 6 mayat tentera ditemukan di selatan Filipina

Helikopter itu antara empat pesawat dikerah untuk menilai kesan Taufan Kalmaegi.

Nahas helikopter milik Tentera Udara Filipina itu terhempas di wilayah Agusan del Sur, pada Selasa. (Gambar PAF)
MANILA:
Pasukan tentera Filipina menemukan enam mayat anggota Tentera Udara Filipina (PAF) yang terbunuh dalam nahas helikopter Super Huey di wilayah Agusan del Sur, selatan Filipina pada Selasa, lapor Xinhua.

Jurucakap PAF Ma Christina Basco, berkata pasukan tentera berjaya menemukan mayat dua juruterbang dan empat anak kapal di lokasi kejadian.

“Enam mayat dijumpai di lokasi nahas, bukan lima seperti dilaporkan sebelum ini,” katanya kepada media.

Helikopter berkenaan antara empat pesawat dikerah untuk menilai kesan Taufan Kalmaegi, yang setakat Selasa meragut sekurang-kurangnya 26 nyawa di seluruh Filipina.

Super Huey ialah helikopter utiliti digunakan secara meluas dalam operasi ketenteraan, misi mencari dan menyelamat serta bantuan bencana, khususnya di kawasan terpencil atau terjejas akibat bencana alam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.