Polis Israel serbu Masjid Al-Aqsa ketika solat sunat Aidiladha

Polis Israel serbu Masjid Al-Aqsa ketika solat sunat Aidiladha

Ketika kejadian kira-kira 100,000 umat Islam menunaikan solat sunat di masjid tersebut.

Kira-kira 100,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Aqsa sebelum serbuan dilakukan oleh polis Israel. (Gambar AP)
JERUSALEM:
Kira-kira 100,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Aqsa, sebelum polis Israel menyerbu kawasan suci umat Islam itu dan memaksa jemaah keluar dari kawasan Bab al-Rahma.

Menurut sumber tempatan, beberapa orang jemaah juga ditahan.

Laporan menyatakan bahawa pasukan Israel menahan sekurang-kurangnya 18 orang di Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita WAFA.

Pihak berkuasa Israel berniat untuk mengubah Bab al-Rahma, juga dikenali sebagai Pintu Emas, menjadi kawasan ibadat bagi Yahudi dan telah menghalang orang Islam daripada mengakses kawasan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.