
Hamas dan Iran menuduh Israel bertanggungjawab atas pembunuhan Ismail pada Rabu, tetapi Tel Aviv belum mengesahkan atau menafikan keterlibatannya.
Saksi mendakwa polis Israel menyerbu rumah imam itu di Baitulmaqdis Timur dan menahannya, lapor Agensi Anadolu.
Selepas solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa, Sabri mengetuai solat jenazah ghaib untuk Ismail.
“Penduduk Baitulmaqdis dan sekitarnya dari mimbar Masjid Al-Aqsa yang diberkati berkabung atas syahidnya Ismail Haniyeh,” katanya dalam khutbah.
Selepas khutbah, polis Israel menjalankan siasatan sama ada kenyataan itu merupakan ‘hasutan’ dan akan bertindak sewajarnya.
Imam berusia 85 tahun itu pernah ditahan beberapa kali oleh tentera Israel dan dilarang memasuki Masjid Al-Aqsa selama beberapa bulan.
Sabri adalah pengkritik tegar terhadap pendudukan Israel di wilayah Palestin yang berlanjutan selama beberapa dekad.
Beliau pernah memegang jawatan mufti Baitulmaqdis dan wilayah Palestin dari 1994 hingga 2006.