Israel benar jemaah masuk Al-Aqsa pada Ramadan

Israel benar jemaah masuk Al-Aqsa pada Ramadan

Tiada sekatan dikenakan namun tertakluk had jumlah jemaah sebelum ini.

Masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis Timur adalah tapak ketiga paling suci bagi umat Islam. (Gambar AP)
BAITULMUQADIS:
Israel tidak akan mengenakan had baharu ke atas bilangan jemaah yang dibenar memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis Timur pada minggu pertama bulan suci Ramadan, menurut pejabat perdana menteri, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu dibuat susulan mesyuarat para pegawai keselamatan tertinggi negara itu mengenai solat di tapak suci umat Islam dan Yahudi itu.

“Ramadan merupakan bulan suci bagi umat Islam; kesuciannya akan dipertahankan tahun ini, seperti setiap tahun,” menurut pejabat itu.

Akses kepada jemaah ke masjid akan dibenarkan sepanjang minggu pertama Ramadan, yang dijangka bermula pada 11 Mac, menurut pejabat itu yang menambah bahawa bilangan jemaah adalah “sama seperti tahun-tahun sebelumnya,” tanpa menyatakan angka tepat.

“Penilaian akan keselamatan akan dibuat setiap minggu dan keputusan sewajarnya akan dibuat,” katanya.

Pekarangan Masjid Al-Aqsa, yang dikenali oleh orang Yahudi sebagai Temple Mount, merupakan tapak ketiga paling suci bagi umat Islam. Tapak itu yang terletak di Baitulmuqadis Timur, yang ditawan Israel dalam perang Asia Barat pada 1967, diurus oleh Wakaf Jordan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.