Synagogue di Masjid Al-Aqsa, Liga Dunia Muslim ‘laung amaran’

Synagogue di Masjid Al-Aqsa, Liga Dunia Muslim ‘laung amaran’

Setiausaha Agung Sheikh Mohammed Abdulkarim al-Issa beri amaran akibat bahaya jika Israel bina rumah ibadat Yahudi.

Sheikh Mohammed Abdulkarim al-Issa kecam kenyataan menteri Israel menyokong sebuah synagogue dalam kawasan Masjid al-Aqsa. (Gambar Wikipedia)
MAKKAH:
Liga Dunia Muslim (MWL) mengecam sekeras-kerasnya kenyataan seorang menteri Israel baru-baru ini yang menyokong pembinaan sebuah synagogue dalam kawasan Masjid al-Aqsa.

Setiausaha Agung MWL dan Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam, Sheikh Mohammed Abdulkarim al-Issa mengutuk kenyataan itu yang dianggap sebagai sebahagian daripada pelanggaran berterusan Israel terhadap satu daripada tapak paling suci Islam, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Al-Issa memberi amaran mengenai akibat berbahaya daripada tindakan Israel yang terus mengabaikan undang-undang antarabangsa dan piawaian hak asasi manusia.

Beliau menegaskan bahawa sebarang pencerobohan terhadap status sejarah dan undang-undang Masjid al-Aqsa adalah provokasi terhadap sentimen umat Islam di seluruh dunia.

Beliau turut menekankan keperluan mendesak bagi masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelanggaran itu dan menghentikan jenayah sistematik yang dilakukan oleh Israel terhadap orang awam yang tidak bersalah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.