3 maut ditikam, ditembak di Jepun

3 maut ditikam, ditembak di Jepun

Suspek yang masih bebas dilaporkan menyerang mangsa termasuk dua anggota polis di bandar Nakano.

Seorang lelaki bersenjatakan senapang memburu dilaporkan menikam seorang wanita dan menembak dua anggota polis di bandar Nagano, Jepun. (Gambar AP)
TOKYO:
Seorang wanita dan dua pegawai polis terbunuh selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan senapang memburu di wilayah Nagano, Jepun, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Suspek bertindak melarikan diri dari tempat kejadian, dan dipercayai bersembunyi di bangunan berhampiran manakala beberapa das tembakan turut kedengaran berhampiran tempat kejadian, menurut media tempatan.

Polis tempatan berkata seorang lagi lelaki mengalami kecederaan, tetapi keadaannya masih belum dapat dipastikan.

Polis menerima panggilan kecemasan kira-kira 4.25 petang waktu tempatan berhubung kejadian seorang lelaki menikam seorang wanita di bandar Nakano.

Pegawai polis yang bergegas ke tempat kejadian telah ditembak, lapor Kyodo News.

Suspek kali terakhir dilihat memakai topi, cermin mata hitam dan topeng, menurut laporan itu.

Penduduk di kawasan itu dinasihatkan untuk kekal berada di dalam rumah kerana suspek masih bebas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.