3 maut kemalangan 7 kenderaan di lebuhraya KL-Karak

3 maut kemalangan 7 kenderaan di lebuhraya KL-Karak

Bomba berkata kemalangan itu turut menyebabkan lima mangsa cedera termasuk tiga parah.

Anggota bomba memadamkan kebakaran pada sebuah treler yang terbabit dalam kemalangan di KM42 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada awal pagi tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Tiga maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di KM42 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong, Pahang pada awal pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kemalangan yang dilaporkan pada jam 4.13 pagi itu melibatkan empat kereta, dua treler dan satu lori itu.

“Tiga lelaki yang maut dikenali sebagai Mohd Ridzuan Zulkafly, 40, Muhamad Zaimi Sharif, 39, dan Muhammad Azizul Fitrie Md Zairi, 23.

“Tiga lagi mangsa lelaki parah, dua wanita cedera dan lima yang lain selamat,” katanya menurut Sinar Harian.

Katanya, kemalangan itu juga menyebabkan sebuah treler terbakar sepenuhnya.

Menurutnya, semua mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.