Konvoi lepas makan, 3 penunggang maut

Konvoi lepas makan, 3 penunggang maut

Seorang daripada konvoi itu kritikal.

Ketua Polis Seremban Mohamad Hatta Che Din, berkata 10 lagi turut cedera dalam kejadian awal pagi itu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Tiga penunggang motosikal maut dalam nahas dipercayai ketika berkonvoi, di KM262 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, Seremban, awal pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, semua lelaki itu dalam perjalanan dari sebuah kedai makan di Seremban.

Ketua Polis Seremban Mohamad Hatta Che Din mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan kes masih dalam siasatan.

“Maklumat awal kita terima tiga maut di tempat kejadian dengan seorang kritikal dan sedang dirawat di hospital manakala 10 lagi cedera.

“Siasatan masih dijalankan dan laporan lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya kepada Bernama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.